Mohd Ruzaini Zulkepli

Pix: Mohd Adam Arinin

Putatan: Empat rumah rosak teruk dalam kebakaran di Lorong Jumbo Empat, Taman Jumbo, Petagas, di sini, petang tadi.

Kejadian jam 3.30 petang itu bagaimanapun tidak menyebabkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang Mohd Akramin Sakirun berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.52 petang dan tiga jentera dengan 21 anggota bomba dari BBP Penampang memadamkan kebakaran membabitkan empat rumah di Taman Jumbo, Petagas ini.

"Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan kita berjaya mengawal api kebakaran daripada terus merebak kira-kira 20 minit, "katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Jun 2016 @ 5:57 PM