ANGGOTA bomba sedang memadamkan kebakaran di lokasi kejadian. FOTO Mohd Adam Arinin
ANGGOTA bomba sedang memadamkan kebakaran di lokasi kejadian. FOTO Mohd Adam Arinin
Mohd Ruzaini Zulkepli

my

Penampang: Tiga sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah dua tingkat dihuni musnah terbakar di Jalan Penampang, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 8.50 malam itu, stor yang dijadikan tempat simpanan barangan elektrik terpakai terletak di sebelah kediaman itu turut musnah.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Mohd Akramin Sakirun berkata, bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kebakaran itu pada 9.02 malam.

"Tujuh jentera dari BBP Penampang dibantu oleh BBP Kota Kinabalu dan BBP Lintas dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Bomba berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak pada jam 9.25 malam," katanya.

Beliau berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Mei 2017 @ 11:59 PM