Mohd Ruzaini Zulkepli


Putatan: Seorang nenek bersama cucu perempuannya ditemui rentung berpelukan apabila terperangkap dalam kebakaran yang memusnahkan tiga rumah di Kampung Contoh Petagas, malam tadi.

Dalam kejadian 8.15 malam tadi, Kiah Awang, 86, dan cucunya, Nurul Farhana Zulkifli, 15, ditemui anggota Jabatan Bomba da Penyelamat Malaysia (JBPM) sejurus selesai memadamkan api.

Ketua Zon 1 Sabah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Hamsa Hamsa Isnurdinu berkata, bomba menerima panggilan pada 8.29 malam dan mengerahkan tiga jentera bersama 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang ke lokasi kejadian.

"Sejurus tiba, bomba mendapati tiga rumah separa kekal sedang terbakar dan lantas menjalankan kerja mengawal serta memadam api.

"Api dikawal sepenuhnya pada 9.10 malam.

"Pemeriksaan awal kemudian menemui dua mayat rentung dalam satu daripada rumah yang terbakar ini," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Hadir sama Ketua BBP Penampang, Akramin Sakirun.

Hamsa berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi turut dibantu 20 anggota bersama lima jentera dari BBP Kota Kinabalu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mei 2016 @ 12:14 AM
ANTARA rumah yang musnah terbakar. FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli
ANTARA rumah yang musnah terbakar. FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli
ANGGOTA bomba dan polis mengusung mayat mangsa yang ditemui rentung. FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli
ANGGOTA bomba dan polis mengusung mayat mangsa yang ditemui rentung. FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli
ANGGOTA  bomba sedang memadamkan kebakaran. FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli
ANGGOTA bomba sedang memadamkan kebakaran. FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli
ANTARA rumah yang musnah terbakar. FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli
ANTARA rumah yang musnah terbakar. FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli