Perdana Menteri bertanya khabar kepada Siti Nuraisyah, 13, yang putus kakinya akibat digilis lori selepas solat Isyak dan Tarawih di Masjid Al-Mukmin, Tali Air 12, Sungai Nibong, Sungai Besar hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri bertanya khabar kepada Siti Nuraisyah, 13, yang putus kakinya akibat digilis lori selepas solat Isyak dan Tarawih di Masjid Al-Mukmin, Tali Air 12, Sungai Nibong, Sungai Besar hari ini. - Foto Bernama
Siraj Mohd Zaini


Sungai Besar: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkesempatan bertemu Siti Nuraisyah Sahrin, 13, remaja yang kehilangan kedua-dua kakinya akibat digilis lori selepas menunaikan solat tarawih di Masjid Al-Mukmin, Tali Air 12, Sungai Nibong, malam ini.

Siti Nuraisyah atau Ecah yang datang bersama bapa tirinya Roslan Sardi, 40, serta ibu, Maimunah Md Razali, 48, kelihatan ceria dan berbual dengan Perdana Menteri selama 15 minit.

Ecah berkata, Najib berjanji membeli alat muzik drum selepas beliau mengetahui minatnya dalam bidang muzik.

"Saya gembira kerana dapat mengucapkan terima kasih kepada beliau yang prihatin dan menghulurkan bantuan segera ketika saya dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang," katanya.

Dalam kejadian 3.30 petang, 18 Januari lalu, Ecah yang membonceng motosikal Honda EX-5 ditunggang kakak tirinya, Syahmin Amira Roslan, 14, terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Remaja berkenaan yang terjatuh ke atas jalan raya selepas motosikal bergesel dengan kereta, tidak sempat bangun sebelum digilis lori sehingga menyebabkan kedua-dua belah kakinya putus.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Jun 2016 @ 11:23 PM