myMetro

Selepas bertahan hampir 40 tahun, akhirnya jentera perlumbaan Harley-Davidson XR750 ditukar ganti dengan model baharu membabitkan XG750R.

Kehadirannya adalah untuk membangunkan generasi akan datang Harley-Davidson bagi bersaing dalam sukan perlumbaan di litar rata.

Jentera perlumbaan itu menggunakan enjin berbentuk V dengan kuasa sejukan cecair 750 menerusi model Street.

XG750R tampak lebih garang, selain menggunakan produk berprestasi membabitkan komponen injap pengambilan daripada material titanium dan ekzos tahan karat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Jun 2016 @ 5:01 AM