Penjaga gol Malaysia Mohd Izham Tarmizi (kiri) terjatuh ketika menyelamatkan gawang dari asakan pemain Timor Leste, Frangcyatma Alves (tiga dari kiri). - Foto HAIRUL ANUAR RAHIM
Penjaga gol Malaysia Mohd Izham Tarmizi (kiri) terjatuh ketika menyelamatkan gawang dari asakan pemain Timor Leste, Frangcyatma Alves (tiga dari kiri). - Foto HAIRUL ANUAR RAHIM
Mohamad Fahd Rahmat


Johor Bahru: Malaysia selesa untuk perlawanan timbal balik selepas menumpaskan Timor Leste 3-0 dalam aksi play-off pertama Kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi.

Gol pembukaan perlawanan hadir seawal minit ke-17 apabila sepakan lintang Fazly Mazlan disempurnakan Ahmad Bakri untuk menewaskan penjaga gol lawan.

Tidak lama kemudian, hantaran leret Amirulhadi di depan gawang berjaya disambut Ahmad Bakri memastikan Malaysia meledak gol kedua m21.

Cubaan Ahmad Bakri pada minit ke-33 terkena palang gol dan dalam babak kedua, Amri Yahyah menambah gol ketika pada minit-minit terakhir perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Jun 2016 @ 10:53 PM