GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Rosliza Mohamed


Bachok: Hampir enam bulan diburu, akhirnya suspek pembunuhan pemandu teksi pada Disember 2015 ditahan 20 Mei lalu.

Lelaki 35 tahun yang juga OKU itu ditahan di Kampung Bendang Baung, Pengkalan Chepa, di sini, dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek ditahan di rumahnya di kampung itu pada kira-kita 6 petang.

"Siasatan awal juga mendapati suspek pernah mencederakan dua mangsa lain dalam kejadian lebih seminggu yang lalu," katanya selepas merasmikan Balai Polis Tawang, di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Bachok Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad.

Dalam kejadian 28 Disember lalu, pemandu teksi maut, 67, selepas ditikam di persimpangan lampu isyarat di Jalan Pasir Mas-Salor.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mei 2016 @ 12:39 PM