PELAJAR Universiti Sains dan Teknologi di Chittagong ditahan polis akibat mencurah minyak tanah terhadap seorang profesor. FOTO Google Map
PELAJAR Universiti Sains dan Teknologi di Chittagong ditahan polis akibat mencurah minyak tanah terhadap seorang profesor. FOTO Google Map
AFP

CHITTAGONG, Bangladesh: Guru di Chittagong melakukan demonstrasi hari ini, membantah tindakan pelajar universiti persendirian menyimbah minyak tanah terhadap seorang profesor kerana membantah kuliahnya yang dianggap lucah.

Profesor sastera Inggeris, Masud Mahmud, di Universiti Sains dan Teknologi terselamat tanpa kecederaan selepas diselamatkan pelajar lain dan polis.

Ketua polis tempatan, Pranab Kumar Chowdhury, berkata seorang pelajar ditahan dan sudah direman.

Menurut laporan akhbar Prothom Alo, profesor itu dikejar sekitar kampus oleh puluhan pelajar sebelum dua daripada mereka berjaya menangkapnya dan seorang lagi pelajar menyimbah minyak tanah ke tubuhnya.

Pendaftar universiti itu, Dilip Kumar Barua, berkata serangan berlaku selepas ada pelajar mendakwa kuliah profesor berkenaan ‘tidak wajar’ dan mengandungi ‘kelucahan’.

Malah, ada pelajar menghantar bantahan kepada kementerian pendidikan, April lalu.

Universiti berkenaan sudah melakukan siasatan dan memutuskan profesor berkenaan tidak melakukan kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Julai 2019 @ 11:52 PM