ANGGOTA bomba dan penyelamat menjalankan siasatan.
ANGGOTA bomba dan penyelamat menjalankan siasatan.
RUMAH Panjang Asam Menggong musnah dalam kebakaran.
RUMAH Panjang Asam Menggong musnah dalam kebakaran.
Oleh Alias Abd Rani

Baram: Tujuh puluh lapan penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila Rumah Panjang Asam Menggong di Asam Paya, Sungai Pedada, di sini, musnah dalam kebakaran petang semalam.

Kebakaran berlaku pada 3.30 petang menyebabkan semua penghuni gagal menyelamatkan barangan berharga berikutan api marak dengan cepat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Superintenden Law Poh Khiong berkata, kebakaran itu memusnahkan rumah panjang hanya dalam tempoh 15 minit.

Katanya, penghuni berdepan kesukaran untuk mendapat bantuan berikutan rumah panjang dibina daripada kayu tidak mempunyai liputan telekomunikasi.

"Ketika ini penduduk rumah panjang itu tinggal sementara di stor, pondok padi, atau tempat letak kenderaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Disember 2014 @ 6:28 PM