NAJIB melihat Surat Kelulusan Skim Pinjaman Rumah Panjang kepada Ketua Masyarakat Kaum Kayan Daerah Maram Temenggong Elizabeth Ding pada majlis pelancaran. FOTO Bernama
NAJIB melihat Surat Kelulusan Skim Pinjaman Rumah Panjang kepada Ketua Masyarakat Kaum Kayan Daerah Maram Temenggong Elizabeth Ding pada majlis pelancaran. FOTO Bernama
Kandau Sidi


Baram: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan Skim Pinjaman Rumah Panjang di Long Luput dan Long Loyang, di kawasan tengah Baram, hari ini.

Najib berkata, Kerajaan Pusat memperuntukkan RM50 juta untuk skim itu di Sarawak dan tiada kadar feadah dikenakan terhadap pinjaman.

Katanya, kos itu boleh digunakan bagi membina rumah panjang baru atau menambah baik kediaman sedia ada.

"Saya juga meluluskan pembinaan Dewan Masyarakat, sekolah rendah yang baru bagi Sekolah Rendah Long Luput serta tapak rumah bagi pembinaan rumah panjang Long Luput," katanya di Majlis Pelancaran Skim Pinjaman Rumah Panjang di Long Laput, dekat Pekan Long Lama.

Beliau berkata, pengundi di Sarawak tidak seharusnya mengambil pendekatan jangka pendek untuk menilai calon BN yang akan dipilih 7 Mei ini.

"Pengundi perlu fikirkan kesan jangka panjang bagi setiap keputusan yang dibuat hari ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mei 2016 @ 11:12 PM