PEMAIN perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei membalas hantaran lawannya dari England, Toby Penty, pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan C. FOTO Bernama
PEMAIN perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei membalas hantaran lawannya dari England, Toby Penty, pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan C. FOTO Bernama
Saiful Affendy Sapran


Kunshan (China): Skuad Piala Thomas negara akan bertemu Taiwan pada aksi suku akhir, hari ini selepas proses undian berlangsung di Pusat Sukan Kunshan, awal pagi tadi.

Keputusan undian itu dilihat memihak kepada skuad negara yang berpeluang untuk mara ke separuh akhir.

China selaku tuan rumah berdepan tugas sukar bertemu Korea Selatan.

Sementara itu, juara bertahan, Jepun akan bertemu Denmark dan Indonesia bertemu Hong Kong.

Malaysia menjuarai Kumpulan C selepas menewaskan Korea Selatan 3-2 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan, kelmarin.

Dalam aksi peringkat kumpulan sebelum itu, Malaysia menumpaskan England 4-1 dalam perlawanan pertama dan menang 5-0 ke atas Jerman.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Mei 2016 @ 1:58 AM