Aksi beregu Indonesia Pratama (kiri) dan Ricky Surwardi ketika menewaskan gandingan Korea Selatan Gi Jung dan Sa Rang pada suku akhir Piala Thomas. PIX AFP
Aksi beregu Indonesia Pratama (kiri) dan Ricky Surwardi ketika menewaskan gandingan Korea Selatan Gi Jung dan Sa Rang pada suku akhir Piala Thomas. PIX AFP
Saiful Affendy Sapran


Kunshan: Skuad Piala Thomas Indonesia melangkah ke pentas final selepas menewaskan Korea Selatan 3-1 pada aksi separuh akhir berlangsung di Pusat Sukan Kunshan, sebentar tadi.

Son Wan Ho memberi mata pertama untuk Korea selepas menewaskan Jonatan Christie 21-10, 21-16.

Bagaimanapun gandingan Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan berjaya menyamakan kedudukan selepas menewaskan Lee Yong Dae-Yoo Yeon Seong 21-15, 21-12.

Anthony Ginting meletakkan Indonesia di depan selepas menewaskan Lee Dong Keun 21-18, 21-18.

Pasangan Angga Pratama-Ricky Karanda Suwardi muncul wira apabila memberi mata kemenangan selepas menundukkan Kim Gi Jung-Kim Sa Rang 21-15, 21-18.

Indonesia akan bertemu pemenang satu lagi perlawanan separuh akhir antara Malaysia dan Denmark yang akan berlangsung jam 7 malam ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mei 2016 @ 5:26 PM