CHONG Wei Feng.
CHONG Wei Feng.
Saiful Affendy Sapran


Kunshan, China: Chong Wei Feng mungkin agak tenggelam sejak kebelakangan ini, namun tidak pernah mengecewakan dalam acara berpasukan dan hakikat itu terbukti apabila dia muncul wira skuad Piala Thomas selepas menghadiahkan mata kemenangan ketika menewaskan Korea Selatan 3-2 dalam aksi berlangsung sengit, semalam.

Pernah diberi gelaran ‘raja berpasukan’ oleh jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei, Wei Feng membuktikan kualiti dirinya apabila mengatasi tekanan tinggi ketika kedudukan terikat 2-2 untuk menewaskan perseorangan ketiga Korea Jeon Hyeok Jin 21-16, 21-16.

Kemenangan ke atas Korea itu cukup penting kerana bakal meletakkan Malaysia selaku juara Kumpulan C sekali gus mengelak bertemu lawan lebih kuat apabila undian suku akhir berlangsung hari ini.

“Jika melihat kepada keputusan perlawanan, saya memang bermain agak baik dalam acara berpasukan.

“Mungkin saya selalu jadikan tekanan itu sebagai motivasi untuk bermain lebih bagus sebab kami bermain secara satu pasukan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mei 2016 @ 7:40 AM