ISKANDAR Zulkarnain Zainuddin.
ISKANDAR Zulkarnain Zainuddin.
Saiful Affendy Sapran


Kunshan, China: Seperti dijangka, tiket suku akhir Piala Thomas sudah berada dalam genggaman skuad negara selepas menang 5-0 ke atas Jerman sekali gus meraih kemenangan kedua dalam saingan Kumpulan C.

Skuad negara yang menang 4-1 ke atas England pada perlawanan pertama kelmarin, akan melengkapkan saingan peringkat kumpulan dengan bertemu Korea Selatan di Pusat Sukan Kunshan, hari ini.

Kemenangan ke atas Korea penting kerana ia akan menentukan siapakah juara kumpulan bagi mengelak bertemu pasukan pilihan pada suku akhir.

Tumpuan perlawanan semalam lebih terarah kepada perseorangan kedua negara Iskandar Zulkarnain Zainuddin yang turun pada perlawanan pertamanya di kejohanan berprestij itu selepas direhatkan ketika bertemu England.

Cemerlang menewaskan Lars Schaenzler 21-7, 21-16 dalam tempoh 36 minit, pemain berusia 25 tahun itu sudah bersedia membantu skuad negara mengutip mata apabila berdepan tugas paling sukar bertemu Korea Selatan hari ini dengan lawannya kemungkinan besar adalah Lee Dong Keun.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mei 2016 @ 7:42 AM