Keoi dikatakan rebah jam 8.13 malam tadi.
Keoi dikatakan rebah jam 8.13 malam tadi.
Oleh Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Pengarah drama popular Tundukkan Playboy Itu, Keoi Khalid, 44, meninggal dunia akibat sesak nafas ketika menjalani penggambaran drama di Gerik, Perak malam tadi.

Keoi atau nama sebenarnya Khairul Amri Abas dikatakan rebah pada jam 8.13 malam tadi di lokasi penggambaran drama berjudul Cinta 11 Syarat itu.

Pengurus Produksi drama berkenaan, Iena Hashim ketika dihubungi berkata, ketika penggambaran dihentikan untuk rehat Keoi tiba-tiba rebah.

"Sebelum itu dia sudah mengadu sakit dada tetapi tetap gagahkan diri untuk menghabiskan penggambaran," katanya.

Iena berkata, dia difahamkan Keoi sudah meninggal dunia ketika diberi rawatan kecemasan oleh paramedik di lokasi berkenaan sebelum dibawa ke Hospital Gerik.

Jenazah kini berada di Hospital Gerik untuk bedah siasat dan akan dikebumikan di kampung halamannya di Teluk Intan, Perak, esok.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Mei 2016 @ 12:33 AM