Aziman Rosdi dan Firdaus Hashim & Ferzalfie Fauzi


Kapten Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Safiq Rahim yang kini dalam laluan untuk meniti kemasyhuran bergelar legenda bola sepak Malaysia menyasarkan untuk menawan saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) bersama kelab paling berjaya di liga tempatan itu.

Selepas berjaya memenangi hampir semua saingan liga domestik dengan terbaharu menjulang Piala FA di Stadium Shah Alam selain Piala AFC musim lalu, pemain kelahiran Kuala Selangor itu berazam membawa skuad Harimau Selatan ke saingan ACL selepas ini.

“Kejayaan menjulang Piala FA ini menambah koleksi kejuaraan saya dan saya harap kejayaan ini tidak berhenti di situ. Saya harap pasukan (Johor DT) dapat mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

“Walaupun pelbagai trofi dan anugerah yang saya capai, ia belum lagi memuaskan hati saya. Setiap pemain mahu mencapai tahap tertinggi.

“Sebelum bersara, saya mahu mencapai impian untuk bermain dalam Liga Juara-Juara AFC,” katanya kepada pemberita sejurus tamat aksi final yang menyaksikan anak buah Mario Gomez menang 2-1 ke atas PKNS.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mei 2016 @ 5:43 AM
SAFIQ Rahim. Gambar kanan, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (tengah) meraikan kemenangan bersama Johor DT sempena Kembara Mahkota Johor di Taman Yayasan Segamat, semalam.
SAFIQ Rahim. Gambar kanan, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (tengah) meraikan kemenangan bersama Johor DT sempena Kembara Mahkota Johor di Taman Yayasan Segamat, semalam.