ANTARA tetamu majlis tahlil Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar. FOTO Asyraf Sawal
ANTARA tetamu majlis tahlil Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar. FOTO Asyraf Sawal
Suraya Roslan


Ampang: Lebih 500 tetamu menghadiri majlis tahlil Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad di kediamannya di Puncak Setiawangsa, malam tadi.

Antara tetamu kenamaan yang hadir termasuk Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Allahyarham yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) meninggalkan balu, Datin Mastura Mohd Yazid, 54, dan empat anak, Wan Emir Astar, 26; Wan Imar Izzat, 25; Wan Iskandar, 23, dan Wan Muhammad Amar, 19.

Dalam kejadian 5 Mei lalu, helikopter dinaiki Wan Mohammad Khair-il Anuar dilaporkan terputus hubungan sebelum dipercayai terhempas ke Sungai Batang Lupar berhampiran Triso, Sebuyau ketika dalam penerbangan dari Betong ke Kuching.

Insiden itu turut mengorbankan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon bersama suaminya, Asmuni Abdullah; pengawal peribadi mereka, Lans Koperal Ahmad Sobri Harun; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr Sundaran Annamalai serta juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mei 2016 @ 9:36 PM