PESERTA terpaksa redah laluan curam dan berlumpur.
PESERTA terpaksa redah laluan curam dan berlumpur.

Jasin: Pemilihan lokasi yang tidak dikenali ramai disifatkan tindakan bijak kerana membuka peluang rezeki penduduk setempat selain mempromosi kawasan terbabit sebagai destinasi eko-pelancongan baru.

Setiausaha Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Othman Ab Latif berkata, penganjuran Sirkit 4 Sabtu lalu bukan hanya membuka mata penduduk luar, malah tempatan.

“Kini Asahan mula dikenali, malah penduduk kampung turut sedar mereka mampu meraih pendapatan jika kawasan ini menjadi tumpuan pelancong.

“Sejak hari pendaftaran hingga kejohanan berlangsung, pihak kami memberi peluang kepada penduduk tempatan berniaga, sekali gus mengembangkan ekonomi setempat,” katanya.

Malah beliau berkata, semua hotel, desa inap mahupun rumah yang disewakan penduduk penuh sepanjang dua hari acara berlangsung.

“Selepas ini, mungkin lebih banyak hotel akan dibina. Kami akan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan mempromosi Asa han sebagai destinasi eko-pelancongan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Disember 2014 @ 7:15 AM