Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Rizanizam Abdul Hamid


DAERAH Rantau akan dibangunkan sebagai kawasan yang dikenali dengan produk eko-pelancongan sekali gus meningkatkan tahap ekonomi penduduk setempat.

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Dr S Streram berkata, usaha itu juga dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan khususnya kepada generasi muda.

"Di Rantau ini khususnya untuk penduduk kampung, saya mahu bantu mereka tingkatkan pendapatan melalui sumber daripada produk eko-pelancongan.

"Saya lihat, geografi kawasan ini yang mempunyai banyak tanah pertanian sangat cantik untuk pembangunan eko-pelancongan, sebab itu saya mahu beri penduduk jaring dan bukannya ikan sebagai sumber pendapatan," katanya pada program kempen tinjauan mesra di Kuala Sawah, Rantau hari ini.

Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau itu berkata, selain itu, beliau turut mengadakan perbincangan dengan beberapa tokoh korporat daripada sektor pelancongan untuk membuat pelaburan di Rantau.

"Ini khususnya untuk membuka peluang pekerjaan kepada golongan belia dalam sektor pelancongan yang akan dibincangkan lebih lanjut dengan Menteri Besar Aminuddin Harun.

"Saya juga berharap akan ada kolej kemahiran diwujudkan untuk menawarkan kursus kemahiran kepada belia di sini.

"Namun apa yang lebih utama, kita mahu di Rantau diperbanyakkan sumber ekonomi berasaskan pertanian yang tidak memerlukan perbelanjaan terlalu besar tetapi memberi pulangan lumayan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Pilihanraya Kecil Rantau
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 April 2019 @ 11:11 AM
    STRERAM beramah mesra dengan orang ramai di sekitar Kuala Sawah. FOTO Adzlan Sidek
    STRERAM beramah mesra dengan orang ramai di sekitar Kuala Sawah. FOTO Adzlan Sidek