MENURUT pemuda Saudi itu,  kereta pertamanya ialah  Porsche 911.
MENURUT pemuda Saudi itu, kereta pertamanya ialah Porsche 911.
PELBAGAI laporan media menyifatkan Turki sebagai  sheikh Arab yang kaya, playboy, anak raja dan ahli perniagaan.
PELBAGAI laporan media menyifatkan Turki sebagai sheikh Arab yang kaya, playboy, anak raja dan ahli perniagaan.
TURKI dan rombongannya sering dilihat di London Barat  dalam kereta emas.
TURKI dan rombongannya sering dilihat di London Barat dalam kereta emas.
DIA memiliki koleksi kereta mewah yang semuanya dicatu warna emas.
DIA memiliki koleksi kereta mewah yang semuanya dicatu warna emas.

Playboy misteri putera dari Arab Saudi yang menjadi tajuk akhbar sejak beberapa minggu lalu apabila membawa beberapa kereta emasnya ke London, mendedahkan rahsia gaya hidup mewahnya.

Dalam wawancara pertamanya, Turki Bin Abdullah mendakwa dia rakan penyanyi rap Dr Dre dan Drake, selalu berjalan bersama rombongannya yang terdiri daripada enam orang.

Turki juga berkata, ibunya ialah orang paling disayanginya di dunia.

Pemuda berusia 23 tahun itu menayangkan kekayaannya - koleksi kereta emas, termasuk Bentley, Mercedes Benz, Lamborghini dan Rolls Royce sepanjang berada di London.

Dia dan rakannya sering dilihat di kawasan golongan berada di West End.

Ketika diwawancara Daily Mail London beberapa hari lalu, Turki berkata, minatnya terhadap kereta amat mendalam dan secara terus terang mengaku, segala kemewahan yang dimiliknya adalah pemberian bapanya.

“Bapa saya membelikan apa sahaja yang saya mahu,” katanya.

Menurutnya, kereta pertama yang dimilikinya ialah Porsche 911 dan dia membelanjakan jutaan ringgit untuk mewarnakan koleksi keretanya dengan warna emas.

Bagaimanapun, menurut Daily Mail, Turki tidak selesa menjadi tumpuan dan tidak mahu bercakap mengenai isu peribadi kerana bimbang tersalah cakap hingga membabitkan keselamatan.

Menurut Turki, dia memiliki tujuh kereta emas tetapi hanya membawa empat ke London, antara bandar raya kegemarannya.

Pernah ketika beada di Paris, seorang lelaki menyalakan pemetik api pada sebuah keretanya kerana menyangka ia emas tulen yang akan cair apabila terkena api.

Turki berkata, dia kecewa dengan dakwaan dia gemar memandu kereta yang mengeluarkan bunyi yang kuat di sekitar London.

Pemuda Saudi itu sebelum ini menjadi terkenal kerana gaya hidupnya yang mewah terlampau dan dikatakan berulang kali disaman sepanjang berada di London.

Dia menafikan dakwaan itu dengan berkata: “Saya sudah berada di London selama dua bulan. Jika benar saya melanggar undang-undang seperti yang didakwa, sudah pasti saya tidak akan dibenarkan memandu di sini.

“Sepanjang tempoh itu, saya tidak pernah disaman kerana memandu laju atau melanggar lampu merah. Jika saya melakukan kesalahan, sudah pasti saya ditahan.”

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mei 2016 @ 12:53 PM