SEORANG daripada mangsa yang melecur teruk akibat kebakaran kapal tunda. FOTO Nurul Hidayah Bahaudin
SEORANG daripada mangsa yang melecur teruk akibat kebakaran kapal tunda. FOTO Nurul Hidayah Bahaudin
Nurul Hidayah Bahaudin


Bintulu: Dua anak kapal parah, tiga cedera ringan dalam kebakaran kapal tunda di 40 batu nautika dari Tanjung Kidurong, di sini, 4.45 pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, sebuah bot tunda, Hidden 7 yang membawa lima kru dilaporkan terbakar sebelum sempat diselamatkan oleh sebuah kapal yang melalui kawasan terbabit.

Pengarah Maritim Bintulu, Rahim Ramli ketika mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 4.15 pagi tadi.

"Kesemua anak kapal dibawa ke Hospital Bintulu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Punca kebakaran terbabit masih belum dapat dikenal pasti dan siasatan berhubungnya sedang dijalankan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mei 2016 @ 1:16 PM