Mohd Rizal Abdullah


Miri: Seramai 4,000 penduduk membabitkan 14 rumah panjang bakal menerima manfaat hasil projek Jiwa Murni Menaiktaraf Jalan Skim Rancangan Sepupuk .

Projek di bawah Angkatan Tentera Malaysia(ATM) ini membabitkan peruntukan sebanyak RM35 juta membabitkan jalan sepanjang 18 kilometer

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, projek ini juga akan memberikan manfaat kepada guru dan pelajar di tiga sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Skim Rancangan Sepupok,Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Suai dan SMK Subis.

Menurutnya, permohonan naik taraf jalan ini dibuat beberapa tahun lalu berikutan keadaan jalan yang teruk dan sehingga menimbulkan banyak masalah kepada penduduk.

"Ini adalah usaha kerajaan dalam membantu dan membawa pembagunan kepada rakyat di kawasan luar bandar sekaligus meningkatkan ekonomi penduduk.

"Ia memudahkan penduduk mebawa keluar hasil pertanian dan perdagangan menggunakan jalan yang lebih selesa," katanya ketika berucap di majlis pelancaran projek berkenaan di Sekolah Kebangsaan Rancangan Sepupok di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 April 2016 @ 9:27 PM