Sony memperkenalkan siri TV 4K HDR yang bersaiz 55 inci hingga 65 inci ke pasaran negara ini termasuk siri X93D dan X85D. Siri X93D mula dijual pada Jun nanti manakala X85D kini boleh dibeli pada harga RM7,499 (55 inci) dan RM10,999 (65 inci).

TV HDR terbaru ini membolehkan pengalaman menonton lebih sempurna berdasarkan penghasilan tahap kecerahan, kontras yang tinggi dan warna lebih terang. X93D menggunakan teknologi Slim Backlight Drive yang membenarkan penyepaduan tahap kecerahan dan warna hitam sesuai ketika menonton secara automatik serta tepat.

Manakala siri X85D menerima dan memproses isyarat video standard kepada definisi lebih baik jika kandungan yang diperoleh datang dari sumber seperti perkhidmatan Internet, HDMI atau port USB. Kesemua TV ini juga hadir dengan keupayaan Android TV yang dimuatkan pada aplikasi khas disambung terus ke Internet.

SPESIFIKASI:

SONY BRAVIA X93D

Harga: Belum diumumkan

Harga untuk X85D: RM7,499 (55 inci) dan RM10,999 (65 inci)

Format: HDR - Internet, HDMI, USB

Pemprosesan: 4K Processor X1

Ciri: X-tended Dynamic Range PRO

Jenis paparan: TRILUMINOS

Lain: Android TV

Kesediaan: Jun 2016

Kesediaan untuk X85D: Kini mula dijual

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 April 2016 @ 5:52 AM