Antara model TV 4K HDR yang diperkenalkan Sony. FOTO Afiq Hanif
Antara model TV 4K HDR yang diperkenalkan Sony. FOTO Afiq Hanif
Afiq Hanif

Kuala Lumpur: Sony memperkenalkan siri TV 4K HDR yang bersaiz 55 inci hingga 65 inci ke pasaran negara ini termasuk siri X93D dan X85D.

Siri X93D akan mula dijual pada Jun nanti manakala X85D kini boleh dibeli pada harga RM7,499 (55 inci) dan RM10,999 (65 inci).

TV HDR terbaru ini membolehkan pengalaman menonton lebih sempurna berdasarkan penghasilan tahap kecerahan, kontras yang tinggi dan warna lebih terang.

X93D menggunakan teknologi Slim Backlight Drive yang membenarkan penyepaduan tahap kecerahan dan warna hitam sesuai ketika menonton secara automatik serta tepat.

Siri X85D pula menerima dan memproses isyarat video standard kepada definisi lebih baik jika kandungan yang diperoleh datang dari sumber seperti perkhidmatan Internet, HDMI atau port USB.

Semua TV itu juga hadir dengan keupayaan Android TV yang dimuatkan pada aplikasi khas disambung terus ke Internet.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 April 2016 @ 1:03 PM