Sony Computer Entertainment Inc. (SCEI) bakal menampilkan PlayStationVR (PSVR), sistem realiti maya dengan paparan OLED pada berat 610g untuk alat pendengaran dan 365g unit prosesan pada Oktober ini.

Berharga AS$399, ia dilengakapi dengan unit prosesan termasuk TV HDMI, HDMI PS4, USB, HDMI, AUX serta boleh disambungkan melalui HDMI, AUX dan Stereo Headphone Jack.

Kemunculan ini bakal menawarkan pengguna platform permainan realiti maya pada sudut luas kira-kira 100 darjah bersama enam sensor iaitu paksi sistem gerakan merangkumi tiga paksi giroskop dan tiga paksi pecutan.

INFO:

Nama produk: PlayStation VR

Tarikh dikeluarkan: Oktober 2016

Harga Runcit: USD399

Sambungan: TV HDMI, HDMI PS4, USB, HDMI, AUX

Dimensi luaran: Alat pendengaran VR 187x185x277mm (lebar x ketinggian x panjang), unit prosesan, 143x36x143 mm (lebar x ketinggian x panjang)

Berat: 610g, 365g (alat pendengaran, unit prosesan)

Paparan: OLED

Saiz panel: 5.7 inci

Resolusi panel: 1920 x RGB x 1080 (960 x RGB x 1080 setiap mata)

Sudut luas: Kira-kira 100 darjah

Sensor: 6 paksi sistem gerakan (tiga paksi giroskop, tiga paksi pecutan)

Sambungan: HDMI, AUX, Stereo Headphone Jack

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Mac 2016 @ 10:18 AM