LIM
LIM
myMetro

Kuala Lumpur: HOMEDEC, pameran hiasan dan reka bentuk kediaman mengintai peluang meneroka pasaran luar negara seperti ASEAN berikutan potensi jualan lebih besar dan mempromosikan produk perabot keluaran tempatan.

Presiden CIS Network Sdn Bhd (CIS Network) Datuk Vincent Lim berkata, pemain industri tempatan sentiasa tampil dengan idea dan inovasi unik dan kreatif menjadikan usaha mengadakan pameran di luar negara lebih kukuh.

Menurutnya, permintaan semasa berkembang dari semasa ke semasa kerana orang ramai inginkan ruang dalaman menarik dan cantik serta menjamin keselesaan kepada penghuninya.

“HOMEDEC sentiasa menawarkan harga berpatutan dan pakej disediakan mengikut citarasa pelanggan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 April 2016 @ 5:02 AM