Kuala Lumpur: C.I.S Network Sdn Bhd, penganjur pameran dekorasi kediaman Homedec kini kembali dengan penganjuran acara terkini dengan tema menarik iaitu Good Shopping Time (GST) di mana ia memberi peluang kepada orang ramai untuk membeli belah semasa pasca Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)

Presidennya, Datuk Vincent Lim berkata pengenalan GST dalam gaya lebih menyeronokkan dan positif akan mewujudkan platform kepada pemilik kediaman yang ingin menikmati pengalaman beli belah terbaik melalui Homedec di mana ia bakal menawarkan rekaan menarik serta penyelesaian hiasan kediaman pada harga hebat.

“Pengenalan cukai GST adalah satu perkara munasabah untuk negara yang kini sedang pesat membangun. Kami memahami perkara itu dan ingin memperkenalkan versi GST kami di Homedec yang menyediakan pusat sehenti untuk semua produk perhiasan rumah.” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, Homedec bakal menarik minat pemilik kediaman yang mencari inspirasi untuk menghias rumah dengan gaya unik, ringkas dan asli di samping berpeluang mempelajari tip hiasan dalaman dan idea memilih produk, warna serta perancangan ruang praktikal.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mac 2015 @ 8:38 AM