LIM (kiri) pada sidang media HOMEDEC.
LIM (kiri) pada sidang media HOMEDEC.
Nasuha Badrul Huzaini


PAMERAN Hiasan Dalaman dan Rekaan Rumah (HOMEDEC 2019) menyasar transaksi jualan antara RM100 juta hingga RM120 juta pada edisi tahun ini.

Pameran yang dianjurkan C.I.S Network Sdn Bhd (C.I.S) itu berlangsung pada 18 hingga 21 April depan dengan tema ‘HOMEDEC: Helping You Make The Right #HOMEDECisions’
di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC).

Presiden C.I.S, Datuk Vincent Lim berkata, HOMEDEC adalah peneraju ekspo kediaman dan pihaknya untuk terus berada di hadapan dengan menawarkan pelbagai produk berkualiti pada harga berpatutan.

Katanya, seramai 80,000 pengunjung dijangka memeriahkan pameran yang membabitkan lebih 400 pempamer itu.

“Sebanyak lebih 1,100 gerai pameran akan ditempatkan di pameran selama empat hari itu dan pada edisi penganjuran kali ini, kami turut mempamerkan dua unit HOMEDEC Showhomes yang bertemakan HOMEDEC Short Stays dengan kerjasama HostAStay Bhd,” katanya.

“Pameran dua unit ruang contoh ini disasarkan bagi mereka yang mahu meneroka pasaran rumah sewa jangka pendek yang kini semakin mendapat sambutan di negara ini.

“Selain itu, pengunjung juga akan didedahkan dengan pelbagai tip kediaman menerusi sesi berkongsi tips, panduan dan ilmu bersama pakar industri,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Pengunjung juga berpeluang menyertai peraduan Homedec dan memenangi hadiah bernilai RM8,888 apabila berbelanja minimum RM150 dalam satu resit.

Lim berkata, sempena pameran Homedec kali ini juga, pengunjung bakal menikmati harga terendah bagi produk kediaman yang berkualiti daripada jenama terkenal dalam dan luar negara dengan diskaun sehingga 80 peratus.

“Lebih istimewa, orang ramai yang tidak mahu bersesak-sesak pada pameran itu boleh membeli-belah menerusi aplikasi mudah alih kami, http://HOMEDECshop.com/appdownload.php.

“Orang ramai boleh membuat pembelian menerusi aplikasi ini dan datang ke gerai yang berkenaan untuk mengambil produk mereka mengikut kesesuaian waktu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 April 2019 @ 11:09 AM