NASEHAH (kanan) bersama Ketua Pegawai Operasinya, Mohd Afeandi Haron mempelawa orang ramai menjadi ejen MissLuna.
NASEHAH (kanan) bersama Ketua Pegawai Operasinya, Mohd Afeandi Haron mempelawa orang ramai menjadi ejen MissLuna.
Sri Ayu Kartika Amri

Kuala Lumpur: Miss Luna Marketing membuka peluang kepada 199 orang yang berminat menjadi protege di bawah program Projek Duit Raya ML 2000 untuk dibimbing dari segi teknik pemasaran tanpa kos.

Pengarah Urusannya, Nasehah Mohd Nasir berkata, menerusi program itu pihaknya akan memberi sokongan kumpulan percuma, strategi dan skrip pemasaran, pangkalan data (data base) dan teknik jualan serta pemasaran di laman sosial.

Katanya, pada masa ini syarikat mempunyai 200 ejen di seluruh negara dan menyasarkan peningkatan sebanyak 500 orang menjelang akhir 2016.

“Program ini akan bermula pada Mei dan kami mempelawa mereka yang berminat menjana pendapatan sampingan dengan menjadi ejen MissLuna (protege) dan kami akan bimbing mereka untuk bersama syarikat menjana keuntungan menerusi produk kecantikan iaitu MissLuna Fruity Shake Drink dan Pink Dahlia Foundation.

“Hanya 199 orang terawal akan dibimbing agar menjadikan mereka ejen yang produktif dan berlimu dengan tiga pakej yang ditawarkan iaitu Starter (RM250), Bronze (RM400) dan Silver (RM1,100),” katanya pada Bisnes Metro, di sini, baru-baru ini.

Nasehah berkata, kedua-dua produk keluaran MissLuna mendapat sambutan positif bukan sahaja dari Malaysia, malah Indonesia, Singapura serta Brunei dan untuk maklumat lanjut boleh melayari Facebook (MissLuna Malaysia HQ), Honey Nasehah atau Instagram @honeynasehah.

Menurutnya, buat masa ini pihaknya akan memberi fokus terhadap penjenamaan MissLuna di seluruh negara sebelum membuat perancangan untuk menembusi pasaran luar negara dengan lebih meluas.

“Produk MissLuna mempunyai keunikan tersendiri jika hendak dibandingkan dengan produk lain yang rata-rata pengguna MissLuna memberikan respons positif terhadap keberkesanan produk kami.

“Syarikat menjangkakan dengan permintaan luar biasa daripada pelanggan dan dengan kekuatan ejen sedia ada berserta kemasukan ramai ejen baharu yang produktif, unjuran jualan untuk tahun ini dijangka mencecah RM 1.3 juta,” katanya.

Beliau berkata, hampir setiap minggu syarikat menerima testimoni positif yang berpuas hati dan gembira dengan produk MissLuna dan sebahagian daripada mereka sudah menjadi ejen.

“Bagi produk baharu, kami dalam peringkat penyelidikan untuk mengeluarkan set solekan pada harga mampu milik yang sesuai dimiliki semua lapisan umur,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 April 2016 @ 5:02 AM