MISTOX-X dipasarkan secara agresif di seluruh negara.
MISTOX-X dipasarkan secara agresif di seluruh negara.
Oleh Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: Menyedari kepentingan menjaga kulit wajah dengan cara mudah dan berkesan, syarikat milik penuh Bumiputera, Empower Health Intelligent Industries Sdn Bhd tampil dengan produk terbarunya, Mistox-X.

Mistox-X dihasilkan dengan bahan semula jadi daripada stem sel epal hijau, minyak argan, ekstrak mutiara, daun teh dan pati sirih bukan sahaja membantu mengatasi masalah kulit wajah, malah mengembalikan keremajaan kerana ia bertindak sebagai antipenuaan.

Memahami keadaan ekonomi yang mencabar kini, Pengurus Besarnya, Mas Irwadi Mohamad berkata, pihaknya komited membantu mereka yang ingin menjana pendapatan dengan menjadi wakil pengedar, stokis dan ejen.

Katanya, syarikat membuka peluang kepada orang ramai menjana pendapatan menerusi produk keluarannya, Mistox-X dengan margin keuntungan lumayan.

“Mistox-X dipasarkan di bawah jenama EH2 International dan syarikat memperuntukkan modal besar untuk tujuan pengiklanan dan promosi di media cetak, laman web serta media sosial, tahun ini.

“Oleh itu, kami memerlukan wakil pengedar, stokis dan ejen untuk bersama EH2 International menyediakan plat
form perniagaan dengan modal rendah,” katanya.

Menurutnya, syarikat melaksanakan pemasaran lebih agresif bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat di seluruh negara, tahun ini.

Mas Irwadi berkata, modal untuk menjadi wakil pengedar adalah dengan pembelian minimum 1,000 unit manakala stokis hanya 50 unit dan ejen 10 unit Mistox-X.

Beliau berkata, margin keuntungan diberikan sebanyak 46 peratus (wakil pengedar), 36 peratus (stokis) dan 20 peratus bagi ejen.

“Kami menawarkan kemudahan menjadi ejen ‘drop
ship’ bagi mereka yang tidak mempunyai modal dan tidak perlu membuat pembelian minimum dan tiada yuran pendaftaran, tetapi hanya perlu mengambil tempahan. Selebihnya kami akan uruskan dengan komisen diberi 10 peratus.

“Semua maklumat wakil pengedar, stokis dan ejen akan dimasukkan dalam iklan kami. Mereka akan menerima kit jualan, risalah dan bahan untuk membantu jualan,” katanya.

Mas Irwadi berkata, pihaknya menjalinkan kerjasama dengan syarikat farmasi untuk menempatkan produk ini di 300 cawangan farmasi di seluruh negara.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat atau pertanyaan dengan melayari www.eh2-international. com atau Facebook (EH2 International) dan Instagram (eh2official).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Februari 2016 @ 7:52 AM