Izwandi (tengah) bersama kakitangannya menunjukkan Perfumed Deep Heat Lotion Inspire yang dijual atas talian.
Izwandi (tengah) bersama kakitangannya menunjukkan Perfumed Deep Heat Lotion Inspire yang dijual atas talian.
Oleh Sri Ayu Kartika Amri

Kuala Lumpur: Inspire Rich Marketing, memperkenalkan produk terbaru syarikatnya, Perfumed Deep Heat Lotion Inspire sekali gus menyasarkan jualan 100,000 unit menjelang akhir tahun ini.

Pengurus Besarnya, Izwandi Abdullah berkata, Perfumed Deep Heat Lotion Inspire produk yang bertindak dua dalam satu iaitu langsing dan wangi kerana dihasilkan dengan inspirasi wangian antarabangsa tanpa alkohol dan paraben.

Katanya, setakat ini syarikat memasarkan produk baru itu menerusi 360 ejennya di seluruh Malaysia termasuk Brunei dan menjangkakan peningkatan 1,000 ejen sehingga akhir tahun ini.

“Fokus utama kami adalah pelangsingan dan produk ini didatangkan dengan enam haruman untuk wanita dan lelaki iaitu Gucci flora, Lady Million, Angel, Desire blue, One Million Man dan Eternity.

“Tahun depan, kami komited meluaskan pasaran ke Brunei, Singapura dan Indonesia berikutan permintaan diterima menerusi jualan online amat memberangsangkan,” katanya.

Menurutnya, produk syarikat itu juga dijual pada harga mampu milik supaya dapat digunakan seisi keluarga selain mempunyai fungsi utama menghilangkan dagu berlapis dan selulit, melegakan sakit otot dan sendi, membuang lebihan angin dalam badan serta memecahkan lemak berlebihan.

Izwandi berkata, wangian yang dihasilkan bersama losyen itu juga tahan lama dan boleh dibawa solat, tidak melekit serta mudah digunakan pada bila-bila masa.

Beliau berkata, syarikat juga mengeluarkan wangian lain dalam tempoh terdekat ini dan memberi latihan pemasaran online kepada ejen.

“Kami menawarkan dua pakej bagi mereka yang berminat menjadi ejen iaitu Pakej Silver pada modal serendah RM195 dan Pakej Gold (RM349) dengan margin keuntungan dari 40 hingga 55 peratus.

“Untuk maklumat lanjut boleh melayari www.inspirerich.com atau Facebook (Losyen Langsing Wangian Jenama Internasional),” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Ogos 2015 @ 5:02 AM