SAEBAH bersama produk keluaran syarikatnya.
SAEBAH bersama produk keluaran syarikatnya.
Oleh Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: Pengeluar produk kesihatan dan kecantikan, Devisa Empire Sdn Bhd terus memanfaatkan kebenaran rentas negeri bagi mengembangkan empayarnya menerusi program Meet & Greet Founder Devisa (MFGD).

Pengasasnya, Saebah Abdul Rahim berkata, pihaknya yakin melalui pemasaran luar talian juga memainkan peranan penting untuk memastikan perjalanan syarikat berada di landasan tepat.

Katanya, melalui MGFD pihaknya akan menjelajah ke beberapa negeri bagi bertemu secara langsung dengan 500 stokis dan ejen sedia adanya.

"Melalui program MGFD ini, kami menyasarkan 5,000 stokis dan ejen menjelang 2022.

"Selepas dua tahun kita menjalani kehidupan pasca pandemik termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), syarikat menganjurkan program ini bukan sahaja untuk mengeratkan ukhuwah bersama pasukan, tetapi kami juga memberikan latihan mengenai perniagaan secara dalam talian dan luar talian.

"Ini membuka peluang kepada orang ramai untuk menjana pendapatan bersama Devisa dan kami sudah mula bergerak mengadakan sesi MGFD ini pada 7 November lalu di Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan selepas ini akan ke Negeri Sembilan, Melaka dan Johor," katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, margin keuntungan untuk produk terlaris syarikat, Jus Delima Innocent, adalah antara 25 hingga 50 peratus.

Saebah berkata, melalui keberkesanan produknya syarikat berjaya melepasi sasaran jualan ditetapkan iaitu RM3 juta tahun ini dan bagi 2022 pihaknya menyasarkan jualan kira-kira RM10 juta.

"Program bersemuka ini memang saya nampak impaknya sangat baik kerana banyak isu yang kita dapat tangani bila berjumpa terus berbanding maya.

"Saya berharap ia dapat membantu melahirkan lebih ramai rakan niaga dan ejen untuk mengedarkan produk Devisa secara langsung kepada pelanggan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Disember 2021 @ 7:41 AM