ANTARA aktiviti Jelajah Ledakan 25 Tahun Harian Metro Bersama Yeo’s  Yeogurt di Miri City Fan. FOTO Muhd Zaaba Zakaria

Mohd Rizal Abdullah

Miri: Jelajah Ledakan 25 Tahun Harian Metro bersama Yeo's Yeogurt di Miri City Fan, di sini, dapat sambutan luar biasa.

Malah, cuaca panas tidak menghalang pengunjung untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan iaitu sukaneka, peraduan mewarna, persembahan badut dan belon gergasi.

Pengunjung Sharon Simba, 29, dari Taman Tunku datang bersama keluarga untuk menyaksikan konsert dan mereka berada di lokasi, pada kira-kira 4 petang.

"Anak saudara lelaki saya berusia lima tahun pula mahu menyertai peraduan mewarna.

“Selain itu, pelbagai aktiviti boleh dilakukan. Oleh itu, tidak bosan sementara menunggu konsert.

“Program seperti ini sememangnya ditunggu-tunggu terutama dengan kehadiran artis terkenal membuat persembahan secara pentas," katanya.

Pengunjung, Muhammad Fadli Abu, 34, juga dari Taman Tunku berkata, dia tidak sabar menunggu konsert bermula.

"Program ini meriah dan perlu diteruskan. Selain dapat beriadah bersama keluarga, ia dapat menaikkan nama Miri.

"Bukan saja pengunjung tempatan, malah pengunjung dari Brunei turut mengambil peluang untuk berjumpa artis kegemaran mereka, sekali gus memberi input yang baik bagi pelancongan," katanya.

Acara ini turut dijayakan bersama rakan penaja, Yeo Hiap Seng Trading Sdn Bhd, Malaysia Airlines Berhad, air mineral semula jadi Cactus, Unilever Food Solutions.

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, GCH Guardian, Bank Rakyat, Grab, DRB-Hicom University of Automotive Malaysia dan AmBank Group.

Antara artis terbabit dalam konsert ini adalah Akim & The Majistret, Radhi OAG, Ronnie Hussein, Amelina, Sandra dan Sakura Band.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 April 2016 @ 9:07 PM