MAYA Karin
MAYA Karin
SANDRA
SANDRA
INDAH Ruhaila
INDAH Ruhaila
AISHAH
AISHAH
6IXTH Sense
6IXTH Sense
Oleh Ridzuan Abdul Rahman


Segala-galanya berjalan lancar seperti dirancang. Peminat di Kedah dan negeri berdekatan pastinya teruja menantikan peluang bertemu Dayang Nurfaizah, Maya Karin, 6ixth Sense, Indah Ruhaila dan Sandra, hari ini.

Bintang popular tempatan ini dibawa khas ke utara sempena program Jelajah Ledakan 25 Tahun Harian Metro Bersama Yeo’s yang berlangsung di Stadium Darul Aman.

Karnival ini diadakan bagi memberi peluang kepada pengunjung mengenali akhbar nombor satu negara ini dengan lebih dekat. Ia menjadi landasan terbaik buat Harian Metro mendekati masyarakat dan berinteraksi secara langsung terutama generasi belia selain menyajikan pelbagai wadah hiburan.

Sudah tentunya peluang keemasan ini tidak dilepaskan begitu saja oleh masyarakat setempat bagi merakamkan kenangan manis dengan barisan artis ini. Apatah lagi, bukan selalu mereka berkesempatan menjejakkan kaki ke sana.

Lebih menarik, pekarangan Stadium Darul Aman dihangatkan dengan pelbagai aktiviti antaranya sukaneka Harian Metro, jualan trak makanan dan jualan cenderahati.

Ia turut menjadi medan aktiviti riadah sekeluarga kerana terdapat juga peraduan mewarna kanak-kanak dan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama TV LED 40”, diikuti Samsung Galaxy Tab 3, Samsung Galaxy J1 Ace dan pelbagai lagi tajaan Yeo’s.

Paling dinanti sudah tentunya acara kemuncak iaitu konsert percuma yang berlangsung di lokasi sama pada jam 8, malam ini. Dayang Nurfaizah, Maya Karin, Sandra, 6ixth Sense dan Indah Ruhaila menghiburkan peminat dengan himpunan lagu popular mereka.

Seperti yang diuar-uarkan sebelum ini, barisan artis terbabit berjanji memberikan persembahan terbaik yang akan diingati peminat.

Maya yang popular menerusi filem Ombak Rindu dan Jwanita bakal memikat hati peminatnya dengan lagu terbaru berjudul Serik Dengan Cinta manakala Sandra pula tampil bertenaga menerusi lagu Hey Kau.

Kemunculan Dayang yang dua kali meraih trofi Kategori Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu sudah pasti menghangatkan lagi pentas persembahan.

Peminat yang tidak berpeluang turut serta tidak perlu gusar kerana siri Jelajah Ledakan 25 Tahun Harian Metro Bersama Yeo’s turut berlangsung di Tanjung Mas, Muar, Johor pada 18 dan 19 Mac ini, Padang MPK3, Kuantan, Pahang (25 dan 26 Mac), Fan City Mall, Miri, Sarawak (15 dan 16 April) dan Padang Merdeka, Kuching, Sarawak (23 dan 24 April).

Kemuncak jelajah apabila berlangsungnya Konsert Ledakan 25 Tahun Harian Metro bersama Yeo’s pada 2 April di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur membabitkan persembahan penyanyi terkenal tanah air seperti Datuk Jamal Abdillah, Ella, Amy Search, XPDC, Drama Band, Siti Nordiana, Ezad Lazim, Ayda Jebat, Ronie Hussin, Tasha Manshahar, Syed Shamim dan Shiha.

Program ini dijayakan bersama rakan penaja termasuk Yeo Hiap Seng Trading Sdn Bhd, Malaysia Airlines Berhad, Cactus, Unilever Food Solutions, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, GCH Guardian, Bank Rakyat, Grab, DRB-Hicom University of Automotive Malaysia dan AmBank Group.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Mac 2016 @ 4:55 AM