Subaru Forester baharu. FOTO Erywan Norshal
Subaru Forester baharu. FOTO Erywan Norshal
Erywan Norshal

Petaling Jaya: Pengedar eksklusif kenderaan jenama Subaru di Malaysia, Motor Image Malaysia melancarkan SUV Subaru Forester baharu ke pasaran Malaysia, hari ini.

Ditawarkan tiga varian iaitu 2.0i berharga RM144,948, 2.0i-P (RM154,488) dan model 2.0XT yang import sepenuhnya dari Jepun pada RM211,729 seunit.

Bagaimanapun, Motor Image Malaysia menawarkan harga pengenalan RM139,800 (2.0i) dan RM151,800 untuk varian 2.0i-P dalam tempoh terhad.

Varian 2.0i dan 2.0i-P dikuasakan enjin Boxer FB20 empat silinder 16 injap bersesaran 2.0 liter. Mampu menghasilkan kuasa 150PS dan tork maksimum 198Nm, ia dipadankan dengan kotak gear CVT.

Sementara itu, varian 2.0XT dilengkapi enjin Boxer FA20 dengan pengecas turbo yang lebih berkuasa, 241PS dan tork puncak 350Nm.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 April 2016 @ 12:49 PM