MODEL Subaru XV MY16 yang baru dilancar.
MODEL Subaru XV MY16 yang baru dilancar.
Lizam Ridzuan


Petaling Jaya: Motor Image Malaysia, pengedar eksklusif kenderaan Subaru di Malaysia melancarkan model Subaru XV MY16 baharu, hari ini.

Model SUV versi peningkatan itu terdapat dalam dua varian pilihan iaitu 2.0i dan 2.0i-Premium dengan enam pilihan warna.

Ciri terkini ialah gril berbentuk heksagon dan lampu hadapan bentuk C yang unik, kombinasi lampu belakang baru dan rim sport 17 inci.

Enjin boxer empat silinder XV mampu menghasilkan 150PS kuasa kuda dan 196Nm tujahan dengan penggunaan petrol 7.9 liter setiap 100 kilometer.

Subaru XV MY16 ini adalah versi pemasangan tempatan (CKD) dijual daripada harga RM121,000 (2.0) dan RM125,000 (2.0i-Premium) tidak termasuk insurans, cukai jalan dan GST.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 January 2016 @ 1:11 PM