SUBARU XV baharu tampil ranggi.
SUBARU XV baharu tampil ranggi.
Lizam Ridzuan


SESUAI sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan gaya aktif, Subaru XV dan Subaru XV GT Baharu model 2022 diperkenalkan baru-baru ini.

Ia kini dilengkapi teknologi Bantuan Pemandu Termaju EyeSight termasuk beberapa kemasan lain untuk tampil lebih bergaya.

Empat teknologi utama Subaru iaitu Pacuan Semua Roda Simetri, enjin boxer, platform global Subaru dan teknologi Bantuan Pemandu Termaju EyeSight ini melengkapi ciri keseluruhan yang ditawarkan termasuk pengendalian dan keselesaan maksimum.

Untuk ciri EyeSight, ia dengan brek Pra-Perlanggaran, Pengurusan Pendikit Pra-Perlanggaran, Kawalan Pelayaran Adaptif, Amaran Kenderaan Hadapan Bergerak, Amaran Keluar Lorong dan Amaran 'Sway' Laluan ciri tersedia.

RUANG kabin selesa dan bergaya.
RUANG kabin selesa dan bergaya.

Ia juga datang dengan dwifungi X-Mode dan SI Drive iaitu 'Snow/Dirt' dan 'Deep Snow/Mud' yang disertakan dengan sistem pacuan semua roda.

SI Drive mengetengahkan ciri Sport dan Intelligent bagi memilih corak pemanduan prestasi atau penggunaan bahan api yang lebih efisien.

Bagi rekaan luarannya, selain rekaan bampar dan gril antara yang terbaharu ialah rim aloi 17 inci.

CIRI baharu X-Mode.
CIRI baharu X-Mode.

Untuk ruang kabin, tempat duduk pemandu kini dilengkapi larasan elektrik serta lapan ketetapan.

Fungsi memori pula menambah kemudahan dan keselesaan SUV ini.

Untuk model XV GT, ia direka hasil kerjasama syarikat kejuruteraan Giken Co Ltd dan Masahiko 'Jack' Kobayashi yang turut menyerlah dengan rekaan aktif termasuk pada bahagian bampar yang diberi sentuhan kemasan baharu.

Model XV dijana enjin boxer 1,995cc petrol suntikan bahan api terus, DOHC, 16 injap, menjana 156 PS pada 6,000 rpm dan tork 196Nm pada 4,000 rpm.

XV GT Edition gaya lebih agresif.
XV GT Edition gaya lebih agresif.

Ia dilancarkan dengan transmisi automatik tujuh kelajuan Lineartronic dengan mod manual.

Untuk pasaran Malaysia, ia didatangkan dengan enam pilihan warna iaitu Crystal Black Silica, Magnetite Grey Metallic, Ice Silver Metallic, Dark Blue Pearl, Pure White dan Cool Grey Khaki.

Subaru XV 2.0i-P EyeSight dijual pada harga RM139,788 dan Subaru XV 2.0i-P

EyeSight GT Edition pada harga RM146,788 (XV GT).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 January 2022 @ 7:00 AM