TERTUDUH (kanan) mengaku bersalah dan dihukum penjara sembilan tahun. FOTO Zaman Huri Isa
TERTUDUH (kanan) mengaku bersalah dan dihukum penjara sembilan tahun. FOTO Zaman Huri Isa
Muhamaad Razis Ismail


Kota Bharu: Lelaki dipenjara sembilan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan mencederakan pelanggan kedai makan dengan parang.

Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Tan Poh Hua, 40, mengaku bersalah terhadap pertuduhan.

Mahkamah memerintahkan hukuman berjalan dari tarikh tertuduh direman pada 23 Disember 2015.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama dua orang yang masih bebas didakwa mendatangkan kecederaan parah terhadap Sin Cin Ann, 53, dengan parang di kedai makan di Taman Krai Baru, Kuala Krai pada 1.50 pagi 31 Oktober 2015.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 April 2016 @ 4:11 PM