Pelajar melafazkan mukadimah GPMS pada majlis pelancaran Rakan Strategik dan Skuad Jelajah Motivasi Skor Pendidikan 1Malaysia di Menara PTPTN. - Foto SADDAM YUSOFF
Pelajar melafazkan mukadimah GPMS pada majlis pelancaran Rakan Strategik dan Skuad Jelajah Motivasi Skor Pendidikan 1Malaysia di Menara PTPTN. - Foto SADDAM YUSOFF
BERNAMA

Kuala Lumpur: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) akan memulakan siri jelajah untuk memberi motivasi pendidikan kepada pelajar sekolah di seluruh Semenanjung mulai April.

Presidennya Zambri Mohd Isa berkata jelajah menerusi Skuad Jelajah Motivasi Skor Pendidikan 1Malaysia 2016 itu akan menumpukan pelajar tingkatan lima yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

"Ini tahun ke-10 GPMS mengadakan program ini dan ia akan diadakan di 200 sekolah terpilih dengan pencapaian band yang rendah memberi manfaat kira-kira 40,000 pelajar," katanya pada Pelancaran Rakan Strategik dan Skuad Jelajah Motivasi Skor Pendidikan 1Malaysia 2016 di sini, hari ini.

Zambri berkata, GPMS juga akan membantu pelajar lepasan SPM melanjutkan pengajian di institusi rakan strategik mereka iaitu Kolej Antarabangsa TAJ, Kolej Kemahiran Minda ISBAUK, Twintech International University College of Technology dan Institut Pengurusan dan Teknologi Antarabangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 April 2016 @ 9:27 PM