MOHAMED Hifni (tiga kiri) bersama ahlinya menunjukkan laporan polis berkaitan kenyataan P Ramasamy. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal
MOHAMED Hifni (tiga kiri) bersama ahlinya menunjukkan laporan polis berkaitan kenyataan P Ramasamy. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal
Azma Razana Johari


Bukit Mertajam: Lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini tampil membuat laporan terhadap Timbalan Ketua Menteri II, Prof P Ramasamy di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di sini, hari ini.

Mereka mendakwa Ramasamy memfitnah pendakwah terkenal Dr Zakir Naik dengan menggelarnya sebagai pembohong serta pencetus kebencian.

Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Parlimen Permatang Pauh, Mohamed Hifnin Mohd Baharuddin berkata, tindakan Ramasamy dianggap keterlaluan dan biadap.

"Tuduhan terhadap tokoh ilmuan kelahiran India itu keterlaluan dan tidak wajar serta tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

"Sebagai rakyat Malaysia, Ramasamy perlu kembali berpegang kepada Perlembagaan dan menghormati perbezaan antara agama dianuti rakyat berbilang bangsa di negara ini," katanya.

Katanya, Tokoh Maal Hijrah 2003 itu adalah ilmuan Islam dan tokoh agama yang disegani bukan sahaja di negara ini tetapi di seluruh dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 April 2016 @ 7:28 PM