Keadaan sekitar kuil yang dipenuhi serpihan runtuhan bagunan akibat letupan bunga api yang membunuh 108 orang di Kollam, Kerala, India. - Foto AP
Keadaan sekitar kuil yang dipenuhi serpihan runtuhan bagunan akibat letupan bunga api yang membunuh 108 orang di Kollam, Kerala, India. - Foto AP
Reuters

Thiruvananthapuram, India: Polis India menahan lima pekerja pengeluar mercun berhubung kejadian letupan bunga api di sebuah kuil yang menyebabkan 108 terbunuh manakala 308 lagi cedera.

Menurut pegawai polis , Anantha Krishnan, syarikat berkenaan diberi kontrak untuk mengadakan pertunjukan bunga api di kuil Puttingal Devi, Koollam sempena perayaan permulaan tahun baru Hindu.

Bagaimanapun menurutnya, polis masih belum dapat berhubung dengan pengurusan kuil berkenaan.

Letupan berlaku apabila bunga api yang disimpan dalam kuil berkenaan meletup semalam, selepas disambar api ketika ribuan orang berada di kuil berkenaan.

Pihak berkuasa tempatan menyatakan ia tidak pernah memberi kebenaran untuk pertunjukan bunga api kerana aduan bunyi bising serta pencemaran.

Namun, kuil di Kerala diuruskan lembaga amanah yang berkuasa dan setiap tahun banyak kuil mengadakan pertunjukan bunga api, bersaing sesama sendiri.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 April 2016 @ 3:46 PM