Keadaan teksi yang sistem NGVnya meletup malam tadi. FOTO ihsan bomba
Keadaan teksi yang sistem NGVnya meletup malam tadi. FOTO ihsan bomba
Fardy Bungga

Kuala Lumpur: Pemandu teksi berusia 40-an cedera selepas sistem NGV kenderaannya meletup di Jalan Bukit Ceylon, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 8.15 malam itu, teksi berkenaan difahamkan tidak membawa penumpang.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.26 malam dan tiba 10 minit kemudian sebelum mendapati beberapa kerosakan pada teksi itu.

"Hasil siasatan mendapati teksi ini mengalami kebocoran gas NGV sebelum meletup.

"Pemandu teksi cedera ringan dan turut mengalami gatal badan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut," katanya

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 April 2016 @ 1:20 AM