PENGUNJUNG yang datang membeli-belah.
PENGUNJUNG yang datang membeli-belah.
Yusliza Yakimir Abd Talib


Islamic Relief Malaysia (IRM) baru-baru ini menganjurkan program Teh Tarik Morning 2016 di Masjid Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Program itu berkonsepkan membeli sambil menderma dengan menjual barangan berkualiti pada harga berpatutan.

Matlamat program adalah untuk menanam kesedaran kepentingan berbelanja secara berhemah kepada masyarakat setempat dan hasil jualan akan disalurkan terus ke tabung amal IRM bagi membantu mereka yang memerlukan.

Pengerusi IRM, Datin Norelan Ismail berkata, ini adalah program ketiga selepas diperkenalkan kali pertama di Putrajaya.

“Alhamdulillah, sambutan orang ramai amat menggalakkan khususnya dari penduduk Putrajaya dan kawasan sekitar. Mereka berada di depan kedai sebelum jam 9 pagi dengan memakai kain pelekat untuk mendapatkan diskaun 20 peratus bagi setiap pembelian.

“Selain itu, anak-anak Rohingya yang menjadi tetamu khas kami turut diberikan kupon membeli-belah di sini,” katanya.

Keunikan program Teh Tarik Morning 2016 kali ini memberikan tawaran istimewa iaitu potongan diskaun 20 peratus kepada sesiapa sahaja yang datang dengan memakai kain batik atau kain pelekat.

Ia sedikit sebanyak dapat menarik pengunjung untuk membeli secara santai. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin adalah rakan kemanusiaan IRM yang turut memberikan sokongan bagi menjayakan program terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 April 2016 @ 11:07 AM