PEMANDU Mercedes mahu teruskan penguasaan di GP Bahrain.
PEMANDU Mercedes mahu teruskan penguasaan di GP Bahrain.
AFP

Manama: Juara dunia tiga kali Lewis Hamilton menyatakan dia seronok berdepan saingan sengit bersama rakan sepasukan Mercedes Nico Rosberg dan pasukan Ferrari pada Grand Prix Bahrain hujung minggu ini.

Pemandu Britain berusia 31 tahun itu, yang berakhir di tangga kedua di belakang Rosberg pada perlumbaan pembuka tirai musim Grand Prix Australia di Melbourne, terbabit dengan perlumbaan sengit bersama pemandu Jerman itu di Litar Antarabangsa Bahrain sebelum ini.

Dia juga bangkit selepas permulaan buruk di Australia untuk membantu Mercedes meraih kedudukan satu-dua pada perlumbaan pertama selepas bergelut untuk mengejar dan mengatasi pemandu Ferrari, juara dunia empat kali Sebastian Vettel dan juara 2007 dari Finland Kimi Raikkonen.

“Saya teruja dengan kemungkinan ada banyak lagi perlumbaan seperti Melbourne,” ujar Hamilton.

“Kami sedar ada lagi hujung minggu yang mana kami hanya menang dengan beberapa saat di depan Ferrari, perlumbaan yang sengit dan beberapa perlumbaan mereka mungkin berada di depan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 April 2016 @ 6:43 AM