KIM Swee (kanan) mahu barisan pertahanan lebih berdisiplin.
KIM Swee (kanan) mahu barisan pertahanan lebih berdisiplin.
Oleh Aziman Rosdi


Kuala Lumpur: Tiada jalan lain selain benteng pertahanan Harimau Malaysia perlu mempamerkan aksi luar biasa untuk mengelak daripada tragedi lama berulang kembali apabila berdepan Arab Saudi dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Jeddah awal pagi Jumaat ini (jam 1.30 pagi waktu Malaysia).

Selepas diaibkan dengan kekalahan 0-10 di tangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan dua kali kepada Palestin menerusi keputusan 0-6 dalam saingan kelayakan Kumpulan A, skuad kebangsaan pasti tidak mampu melihat maruah mereka terus tercalar.

Bagi jurulatih Datuk Ong Kim Swee yang dilantik membimbing Harimau Malaysia Januari lalu, beliau mengakui tugas anak buahnya bukan mudah untuk menyekat jentera serangan pasukan pendahulu Arab Saudi yang memiliki rekod jaringan 25 gol keseluruhan setakat ini.

“Kita harus tumpukan kepada bahagian pertahanan kerana sedar Arab Saudi memiliki kelebihan bermain di tempat sendiri. Malah dari segi rekod jaringan mereka cukup cemerlang jadi kita harus waspada ketika bertahan dan dalam masa yang sama perlu memikirkan cara melakukan serangan balas,” katanya.

Bagaimanapun rekod Kim Swee ketika menjadi pengendali sementara sewaktu berdepan Arab Saudi pada September lalu tidak terlalu mengecewakan apabila hanya ketinggalan 1-2 sebelum perlawanan dihentikan pada minit ke-88 akibat kekecohan Ultras Malaya di Stadium Shah Alam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Mac 2016 @ 7:31 AM