MAYAT pemancing yang ditemui. FOTO Ihsan Bomba.
MAYAT pemancing yang ditemui. FOTO Ihsan Bomba.
Rosliza Mohamed


Pasir Mas: Seorang pemancing ditemui lemas di Sungai Kelantan berdekatan Kampung Pasir Parit, di sini, pada jam 7.20 pagi tadi.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Mas El Taraff Mohd Zachariah berkata,mangsa, Che Mohd Azhar Che Loddin, 27, ditemui kira-kira 100 meter dari lokasi dia terjatuh.

Katanya, usaha mencari mangsa dihentikan pada jam 7 petang semalam dan disambung jam 7 pagi tadi.

"Mangsa ditemui di dasar sungai oleh orang awam yang bersama-sama dalam operasi mencari dan menyelamat dan mayatnya dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat," katanya di sini, hari ini.

Harian Metro melaporkan seorang lelaki yang memancing bersama rakannya dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai jam 3.30 pagi semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Mac 2016 @ 9:49 AM