ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaranrumah di Kampung Siput. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaranrumah di Kampung Siput. FOTO ihsan Bomba
Mohd Zulkifli Zainuddin

 

Pasir Mas: Rumah kayu musnah dalam kebakaran di Kampung Siput, Meranti, di sini,  5.50 pagi tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, El Taraff Mohd Zachariah berkata, kejadian itu menyebabkan pemilik rumah, Mohd Zafri Ibrahim, 37, tinggal sehelai sepinggang.

Katanya, bomba menerima panggilan kecemasan pada 5.53 pagi terus bergegas ke lokasi kejadian bersama tujuh anggota dan satu jentera.

Katanya, setibanya bomba di lokasi kejadian, mendapati rumah terbabit sudah hampir 100 peratus terbakar kerana struktur binaannya menggunakan 80 peratus kayu.

"Api marak terlalu cepat menyebabkan bomba terpaksa menggunakan dua sumber air bagi meredakan kebakaran dan api dapat dipadam sepenuhnya dalam masa hampir sejam.

"Pada masa kejadian mangsa tiada di rumah kerana tidur di masjid berdekatan. Kerugian dianggarkan RM80,000," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Februari 2016 @ 5:29 PM