Seoul: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dilaporkan melantik adik perempuannya sebagai pegawai kanan di dalam Parti Pekerja, sekali gus mengesahkan ramalan penganalisis bahawa dia semakin penting di dalam dinasti keluarga yang memimpin negara itu.

Media kebangsaan semalam merujuk Kim Yo-jong sebagai Naib Pengarah Jawatankuasa Pusat Parti Pekerja.

Kata penganalisis, pelantikan itu membayangkan Yo-jong memainkan peranan semakin penting dalam menyokong pemerintahan abangnya.

Mendiang ayah mereka, bekas pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il juga pernah mengharapkan adik perempuannya sendiri ketika memerintah negara berkenaan selama 17 tahun. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 November 2014 @ 5:04 AM