GAMBAR yang diedarkan oleh Pusat Agensi Berita Korea (KCNA) menunjukkan Kim Jong-un memeriksa satu daripada 525 kilang di Korea Utara. - via Reuters
GAMBAR yang diedarkan oleh Pusat Agensi Berita Korea (KCNA) menunjukkan Kim Jong-un memeriksa satu daripada 525 kilang di Korea Utara. - via Reuters
Reuters

Seoul: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, mahu anggota tenteranya diberi makanan lebih berkualiti selepas seorang askar negara itu yang berpaling tadah tahun lalu, mendedahkan mengenai kualiti makanan yang dibekalkan kepada mereka.

Menurut agensi berita tempatan, KCNA, Jong-un berkata demikian ketika melawat kilang bekalan makanan tentera.

“Kilang ini perlu mengeluarkan bekalan makanan yang lebih enak dan berkhasiat bagi meningkatkan kualiti pemakanan anggota tentera,” katanya yang dilaporkan KCNA.

Jong-un juga dilaporkan mahu pegawai dan pekerja kilang itu sentiasa berusaha mempertingkat pelan pengeluaran pada semua peringkat, sejajar dengan hasrat mendiang bapanya, Kim Jong-il, yang tidak menyembunyikan rahsia daripada pihak tentera.

“Pastikan mereka sentiasa merasai kasih sayangnya (Kim Jong-il),” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Julai 2018 @ 2:00 PM