KIM Jong-Un di mesyuarat Parti Pekerja di Pyongyang, semalam.
KIM Jong-Un di mesyuarat Parti Pekerja di Pyongyang, semalam.
AFP

Pyongyang: Pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un semalam diberi jawatan baru - pengerusi Parti Pekerja - pada mesyuarat peringkat tertinggi parti pemerintah itu.

Pemimpin de facto negara itu, Kim Yong-Nam mengumumkan jawatan itu yang disaksikan seketika oleh wartawan asing pada kongres parti itu - yang pertama diadakan sejak 36 tahun.

Kim – generasi ketiga dinasti yang memerintah negara itu sejak penubuhannya pada 1948 – sebelum ini ialah ‘Setiausaha Satu’ parti berkenaan.

Pelantikan itu akan mengukuhkan kuasanya di kongres yang dianggap seperti upacara pertabalan untuk pemimpin muda terbabit. Dia mula memegang kuasa pada Disember 2011 selepas kematian ayahnya, Kim Jong-Il.

Jong-Il ialah ‘setiausaha agung abadi’ parti itu.

Datuk Jong-Un, pengasas dan bekas pemimpin negara itu, Kim Il-Sung masih dianggap presiden Korea Utara walaupun dia meninggal dunia pada 1994. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mei 2016 @ 8:23 AM